red AGENSI KERAJAAN blue WARGA JP
green
Ahad, 20 Ogos 2017
27 Zulkaedah 1438 H
Saiz Huruf decrease font size reset font size increase font size + Change blue theme Change blue theme Change blue theme Change blue theme

Perutusan Pengarah

WanShahrul

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Salam Sejahtera. Salam 1Malaysia. Salam 1Statistik.

Selamat datang ke Laman Web Institut Latihan Statistik Malaysia.

Institut Latihan Statistik Malaysia, ringkasnya ILSM merupakan satu-satunya institut latihan statistik di Negara ini dan merupakan sayap latihan bagi Jabatan Perangkaan Malaysia (JP). Mengamati keperluan visi Jabatan untuk menjadi sebuah organisasi statistik yang terbilang di dunia menjelang 2020, ILSM bertanggungjawab untuk melahirkan anggota yang berpengetahuan terutama dalam bidang statistik serta memupuk personaliti yang berintegriti, dinamik, inovatif dan berprestasi tinggi.

Mendepani cabaran ini dan untuk kekal relevan, ILSM akan menawarkan kursus dan latihan sejajar dengan visinya menjadi sebuah institusi pembelajaran dan penyelidikan yang terunggul dalam bidang statistik. ILSM juga bersedia untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan setiap lapisan komuniti agar dapat melahirkan masyarakat yang berpengetahuan di dalam bidang statistik melalui program latihan yang komprehensif, sistematik dan berkualiti.

Laman web ini merupakan sumber rujukan yang cepat, tepat dan terkini berhubung dengan kursus-kursus yang telah dirancangkan kepada warga JP. Menjadi harapan agar melalui laman web ini peluang kursus yang ditawarkan dapat dimanfaatkan juga oleh keseluruhan anggota perkhidmatan awam mengikut kesesuaian dan keperluan Kementerian/Jabatan.

Terima kasih kerana melayari Laman Web ILSM. Kami bersyukur dan gembira membawa anda bersama-sama menjejaki institut ini. Maklum balas ke arah penambahbaikan daripada aspek pengisian dan penyampaian laman web ini amat dialu-alukan.

"Statistik Mencetus Minda Inovatif"

Sekian, terima kasih.

WAN MOHD SHAHRULNIZAM BIN WAN MOHD NAJURI
PENGARAH
INSTITUT LATIHAN STATISTIK MALAYSIA

 

 

 
Tarikh kemas kini:
Tuesday, 07 March 2017