red AGENSI KERAJAAN blue WARGA JP
green
Ahad, 20 Ogos 2017
27 Zulkaedah 1438 H
Saiz Huruf decrease font size reset font size increase font size + Change blue theme Change blue theme Change blue theme Change blue theme

Sejarah ILSM

Selaras dengan Teras Kedua Misi Nasional, permohonan JP untuk menubuhkan ILSM telah diluluskan oleh pihak Kerajaan di bawah projek Public Fund Initiatives (PFI). Projek yang dimulakan pada tahun 2009 ini telah siap sepenuhnya pada 28 Disember 2011 dan telah mula beroperasi pada 3 Januari 2012. Dibangunkan dengan keluasan melebihi 40 ekar di Sungkai, Perak yang terdiri daripada satu blok pentadbiran dan satu blok penginapan berserta kemudahan riadah. Institut ini dilengkapi dengan enam bilik kuliah, 10 bilik sindiket, dua makmal komputer dan satu makmal bahasa. Institut ini boleh menampung seramai 150 orang peserta dalam satu masa dengan kemudahan sejumlah 100 bilik penginapan.

Institut ini telah diilhamkan lebih 20 tahun yang lalu. Ia bermula pada tahun 1987dengan penubuhan sebuah kumpulan kerja pembangunan sumber manusia bagi merancang pembangunan program latihan di Jabatan Perangkaan Malaysia. Pada tahun 1990, Bahagian Pembangunan Perangkaan telah diwujudkan dan bertanggungjawab menyediakan program latihan dalaman. Susulan daripada itu, Bahagian Latihan Perangkaan telah diwujudkan pada tahun 2003 dengan jumlah perjawatan sebanyak 21 orang sejajar dengan dasar kerajaan yang mementingkan pembangunan sumber manusia di sektor awam.

 
Tarikh kemas kini:
Tuesday, 07 March 2017