red AGENSI KERAJAAN blue WARGA JP
green
Selasa, 6 Disember 2016
6 Rabiul Awal 1438 H
Saiz Huruf decrease font size reset font size increase font size + Change blue theme Change blue theme Change blue theme Change blue theme

 

welcome


Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) ditubuhkan bertujuan untuk memenuhi keperluan membangunkan modal insan secara menyeluruh di Jabatan Perangkaan Malaysia (JP). Selain itu, ILSM juga berperanan meningkatkan kesedaran dan kefahaman statistik yang tinggi di kalangan anggota perkhidmatan awam keseluruhannya.

 

Sejarah ILSM

 

Selaras dengan Teras Kedua Misi Nasional, permohonan JP untuk menubuhkan ILSM telah diluluskan oleh pihak Kerajaan di bawah projek Public Fund Initiatives (PFI). Projek yang dimulakan pada tahun 2009 ini telah siap sepenuhnya pada 28 Disember 2011 dan telah mula beroperasi pada 3 Januari 2012. Dibangunkan dengan keluasan melebihi 40 ekar di Sungkai, Perak yang terdiri daripada satu blok pentadbiran dan satu blok penginapan berserta kemudahan riadah. Institut ini dilengkapi dengan enam bilik kuliah, 10 bilik sindiket, dua makmal komputer dan satu makmal bahasa. Institut ini boleh menampung seramai 150 orang peserta dalam satu masa dengan kemudahan sejumlah 100 bilik penginapan.

Baca lagi...

Tarikh kemas kini:
Monday, 24 October 2016